My Add

Monday 7 May 2012

Lynas tiada impak negatif ke atas MCKIP

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kontroversi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), tidak akan mempunyai impak negatif ke atas Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), kata ketua pegawai eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Datuk Jebasingam Issace John. 

"Lynas ialah satu idea dan projek yang baik. Kami tidak mahu ada pandangan negatif dari mula lagi," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah berhubung Lynas.

Beliau berkata, ini sebagai maklum balas kepada loji pembersihan nadir bumi bernilai RM1.5 bilion yang terletak di Taman Perindustrian Gebang, yang akan memberikan impak negatif kepada MCKIP. 

Loji LAMP terletak berdekatan dengan cadangan MCKIP yang berkeluasan 607 hektar yang turut terletak di bandar Gebeng, Kuantan, Pahang, dan dalam lingkungan ECER. 

Jebasingam berkata, MCKIP, yang dijangka bermula dalam tempoh enam bulan ini, akan meningkatkan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China. 

Komponen utama MCKIP termasuklah plastik, logam, elektrik dan elektronik, produk pengguna dan tenaga diperbaharui, tambah beliau. 
"Perniagaan dan ahli perniagaan Malaysia dari kawasan ini kini boleh memeterai usaha sama dengan rakan China untuk memajukan perniagaan ini," kata beliau. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Ahad lalu yang Kuantan dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk menempatkan taman perindustrian antara China dan Malaysia. 

Beliau berkata, langkah itu ialah untuk membalas usaha China mengenepikan sebidang tanah berkeluasan 55 kaki persegi di Qinzhou, Nanning, sebagai Taman Perindustrian Qinzhou, sebagai projek usaha sama dengan Malaysia. 

Ketika mengumumkannya, Najib berkata, kerajaan melaksanakan kajian terperinci mengenai pelaksanaan MCKIP dan mengadakan mesyuarat dengan pelabur dari China mengenainya. 

"Berikan kami sedikit masa lagi untuk memuktamadkannya dan sekiranya dapat direalisasikan, kita akan menyaksikan tahap pelaburan yang lebih tinggi, terutamanya di Kuantan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment