My Add

Friday 11 May 2012

Muhyiddin lancar hikayat klasik China

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Buku hasil karya agung dalam kesusasteraan China 'Hikayat Tiga Negara' akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, Khamis depan. 

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, berkata buku itu antara lain mengandungi fakta dan latar belakang sekitar tahun 280 Masihi.

"Dalam tempoh 60 tahun itu, pelbagai peristiwa berlaku termasuk kebangkitan tiga negara yang dikatakan bernama Wei, Shu dan Wan, yang sentiasa berperang sesama mereka yang tidak diketahui sehingga kini apakah puncanya," katanya pada sidang media mengenai pelancaran buku itu, yang diterbitkan DBP dan diterjemahkan dari Bahasa Mandarin ke Bahasa Malaysia oleh Yuen Boon Chan dan Woo Tack Lok, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Perterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif), Goh Hin San. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment