KOTA BHARU, SELASA, 01 Mei, 201: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0.
Timbalan Pengerusi Badan Perhuhungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin turut mempersoalkan kenapa Nik Abdul Aziz tidak hadir pada perhimpunan tersebut selepas mengeluarkan kenyataan ia wajib dihadiri oleh rakyat negara ini.
Beliau berkata, kegagalan Menteri Besar Kelantan itu hadir pada perhimpunan tersebut menunjukkan bahawa perbezaan 'darjat' di antara rakyat dan pemimpin Pas.
"Kita hendak tahu berapa banyak dia menyumbang, lagi banyak sumbangan yang diberi lagi banyak pujian. Menteri Besar mesti beri sumbangan yang banyak.
"Seperti sembahyang, ia wajib maka kita orang pertama yang harus lakukan, jadi kalau fatwa wajib ke Bersih 3.0 maka dia (Nik Aziz) seharusnya menjadi orang pertama pijak kawat berduri, ini yang kita tidak faham," tegasnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment