My Add

Wednesday, 2 May 2012

Siasat segera sekolah politik

KUALA LUMPUR, SELSA, 01 Mei, 2012- Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi didesak menyiasat segera kewujudan sekolah politik yang melatih pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) cara-cara berdemonstrasi menentang kerajaan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mewujudkan sekolah berkenaan kerana bimbang lebih ramai pelajar IPT akan terjebak dengan gejala tidak sihat itu.

Malah, katanya, IPT tempatan perlu lebih proaktif dan mengambil berat perkembangan semasa pelajarnya supaya pelbagai masalah yang timbul terutama membabitkan mahasiswa kebelakangan ini dapat dibendung.

"Siasatan secara terperinci dan mendalam sehingga ke peringkat akar umbi perlu dilakukan. Dalam hal ini, saya berpendapat, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi wajar bekerjasama kerana ia membabitkan generasi yang akan memimpin negara nanti," ujar beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment