My Add

Thursday 3 May 2012

Pakar terima 128 aduan berkaitan sampah

*SEORANG petugas, Harri MP sedang melayani aduan orang ramai yang dibuat menerusi panggilan telefon di Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor di Shah Alam, semalam.

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, RABU, 02 Mei, 2012: Sebanyak 128 aduan mengenai sampah tidak dikutip yang diterima talian Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) Barisan Nasional (BN) Selangor membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memerintah negeri masih gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, kesemua aduan itu diterima sejak talian hotline itu mula beroperasi pada 9 April lalu hingga semalam.

Beliau berkata, selain aduan mengenai sampah, pihaknya menerima lebih 300 aduan lagi mengenai masalah yang dihadapi rakyat di Selangor antaranya berhubung dengan infrastruktur, rumput tidak dipotong, banjir dan tanah runtuh. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment