My Add

Wednesday 9 May 2012

'Pantau kualiti rangkaian selular'

Oleh Muzdalifah Mustapha
KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menubuhkan satu jawatankuasa memantau kualiti rangkaian selular secara serta-merta hari ini dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan di kawasan-kawasan bermasalah di seluruh negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut dibuat sejurus beliau bersama-sama lima syarikat telekomunikasi (telco) tempatan dan pihak media mengadakan sesi pandu uji menilai kualiti rangkaian selular yang dibuat pagi ini.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan SKMM untuk mengetuai jawatankuasa tersebut dengan dianggotai oleh lima telco terpilih iaitu Celcom, DiGi, Maxis, UMobile dan YTL.

"Jawatankuasa tersebut akan memberikan laporan kepada kementerian pada setiap bulan yang kemudiannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri dari semasa ke semasa," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment