My Add

Tuesday 29 May 2012

Pas semakin menyimpang dari Islam - Nakhaei

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Pas dengan jelas menganggap hanya parti itu yang memperjuangkan Islam dengan cara betul tanpa menyedari bahawa perjuangannya itu semakin menyimpang dari agama Islam sebenar.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, ‘fatwa’ parti itu sebelum ini yang mengatakan bahawa individu yang mengundi Pas akan mendapat balasan syurga adalah satu daripada perjuangan sesat Pas yang sudah terkeluar daripada ajaran Islam.

“Kita masuk syurga hanyalah semata-mata kerana rahmat daripada Allah dan bukannya kerana amalan kita, solat kita atau undi kita.

“Fatwa Pas itu sangat jauh daripada apa yang disabdakan Rasullullah bahawa manusia tidak akan masuk syurga oleh kerana amalan atau perjuangannya sebaliknya hanya kerana rahmat Allah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment