My Add

Monday 14 May 2012

Pengundi muda kini bersama BN - Khairy

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Mei, 2012: Sokongan golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin padu terutama terhadap politik khidmat bakti yang dilaksanakannya selama ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu merangkumi penyediaan peluang pekerjaan dan pinjaman perumahan yang telah memberi kesan baik kepada kebajikan golongan itu serta mengubah persepsi mereka terhadap parti dan perikatan tersebut.

"Kita menyediakan platform yang baik untuk orang muda dalam meningkatkan kehidupan mereka berbanding pembangkang, yang tidak menyumbang sebarang inisiatif kepada golongan itu.

"UMNO dan BN akan lakukan sebaik-baiknya untuk memastikan sokongan golongan itu semakin meningkat kepada kita. Ia termasuk memperluaskan lagi program seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN yang amat memanfaatkan kepada mereka," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi karnival itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment