My Add

Wednesday 2 May 2012

Warga emas ditemui mati dalam kenderaan

SHAH ALAM, RABU, 02 Mei, 2012: Seorang warga emas ditemui mati dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di Seksyen 15 di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Tan Chi Keong, 66, seorang kontraktor.
Mayat mangsa ditemui oleh seorang pekerja alat ganti kereta yang baru selesai sarapan di restoran itu sebelum memulakan kerjanya di sebuah kedai berhampiran.

"(Bila) saya nampak mangsa dalam kenderaannya saya fikir mangsa tidur dan saya terus bersarapan, selesai sarapan saya buka kedai majikan saya dan saya lihat mangsa masih berada di dalam kenderaannya," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an.

Beliau kemudian mengetuk kenderaan mangsa namun tiada respon dan selepas itu menghubungi pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Mazlan Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa meninggal dunia disebabkan serangan jantung dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes itu disiasat sebagai mati mengejut (SDR). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment