My Add

Wednesday 9 May 2012

Najib tanda tangan kad ucapan jururawat


*NAJIB menerima cenderahati daripada Pengarah Kejururawatan Kementerian Kesihatan, Datuk Fathilah Abd Wahab, selepas menandatangani kad ucapan Hari Jururawat dan Bidan 2012 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini. Sambutan Hari Jururawat dan Bidan peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, RABU, 09 Mei, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani kad ucapan Hari Bidan dan Jururawat 2012 di bilik tetamu Pejabat Perdana Menteri bangunan Perdana Putra di sini.

Majlis menandatangani kad ucapan sebagai tanda terima kasih itu diadakan sempena Hari Bidan dan Jururawat yang disambut setiap 12 Mei sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti lebih 96,000 jururawat dan bidan di seluruh negara.

Turut menurunkan tanda tangan di atas kad ucapan besar berukuran lebih satu meter itu ialah barisan menteri yang akan menghadiri mesyuarat Kabinet sejurus selepas majlis tersebut.

Perdana Menteri sempat bergambar dengan beberapa pegawai kanan bahagian kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan juga dari Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur serta hospital-hospital Sime Darby, yang menghadiri majlis.

Sejurus kemudian, beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment