My Add

Thursday 3 May 2012

Rakaman bukti Anwar, Azmin punca keganasan

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Rakaman yang terdapat pada polis sudah cukup untuk membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali adalah punca keganasan perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Anwar dan Azmin boleh memberi pelbagai alasan kononnya mereka tidak terlibat dalam rusuhan itu namun bukti yang ada pada pihak polis memberikan gambaran sebenarnya.

"Mereka boleh memberi pelbagai alasan, tapi selagi polis ada bukti mereka tidak boleh berbohong. Sebab itu polis kena kemukakan bukti-bukti tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas mengenai pembohongan Anwar dan Azmin yang mendakwa kononnya polis yang memulakan kekecohan semasa perhimpunan haram itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment