My Add

Monday 14 May 2012

Program transformasi bawa impak kepada rakyat

KUANTAN, ISNIN, 14 Mei, 2012: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, program transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlandaskan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, membawa impak kepada kehidupan seluruh rakyat di negara ini.

Titah baginda, program berkenaan yang disokong dengan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan luar bandar serta pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas ternyata memberi manfaat kepada semua pihak.

"Pengisian program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan program bantuan persekolahan telah membawa impak kepada kehidupan rakyat tanpa mengira kaum, kedudukan dan fahaman politik.

"Sehubungan itu, beta mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana telah membangunkan kerangka program transformasi ini," titah baginda pada istiadat pembukaan persidangan pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri Pahang yang ke-12 di wisma Sri Pahang hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment