My Add

Saturday 12 May 2012

Puteri berusaha kekalkan kemenangan BN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Pergerakan Puteri UMNO akan mempergiatkan usaha membantu rakyat dalam memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memegang tampuk pemerintahan negara.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, walaupun usia Puteri UMNO dalam dunia politik negara masih muda, namun peranannya untuk memperkasakan parti Melayu itu adalah sama penting dengan sayap-sayap yang lain.

Beliau berharap semua ahli Puteri akan terus komited memastikan UMNO sentiasa dekat di hati rakyat ,terutamanya bersempena dengan sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66.

"Memang benar Puteri tiada semasa UMNO di awal penubuhannya dan semasa ia berjuang memerdekakan negara tetapi kelahiran Puteri telah banyak membantu parti terutamanya dalam menarik golongan muda.

"Justeru, cabaran politik juga berbeza dengan zaman dahulu. Kita kini berhadapan dengan cabaran dan senario politik yang semakin mencabar," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan konvoi Sambutan Hari Jururawat, Ibu dan Guru anjuran Puteri UMNO sempena sambutan ulang tahun parti itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment