My Add

Friday 11 May 2012

Rakan Facebook PM kini 1 juta

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempunyai lebih satu juta pengikut, sekali gus menjadikan beliau antara pemimpin paling berpengaruh di Malaysia dan rantau ini.

Dengan jumlah pengikut yang luar biasa itu, ia jelas menunjukkan rakyat negara ini menerima dengan terbuka pendekatan Perdana Menteri dalam setiap perkara dilaksanakan untuk rakyat dan negara termasuk semasa beliau turun padang, mendekati pelbagai golongan masyarakat.

Perdana Menteri dalam status terbarunya malam ini turut berasa terharu apabila mengetahui rakan Facebooknya kini telah mencecah lebih satu juta pengikut.

''Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama-sama rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!'' katanya dalam status Facebooknya malam ini.

Berikutan status tersebut, Perdana Menteri menerima pelbagai ucapan tahniah dan sokongan daripada pengikut-pengikut laman sosial beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment