My Add

Saturday 12 May 2012

RM26 juta untuk program YPK Terengganu

KUALA TERENGGANU, SABTU, 12 Mei, 2012: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan lebih RM26 juta untuk program Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu tahun ini. 

Pengarah YPK negeri, Mohd Shafaruddin Mustaffa, berkata peruntukan itu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah melahirkan usahawan YPK dalam pelbagai bidang pada masa depan.

"Jumlah yang disediakan kerajaan itu menggambarkan betapa prihatinnya kerajaan terhadap pembangunan keluarga di negeri ini," katanya selepas Majlis Seminar Transformasi Pekerja Cemerlang, di sini, hari ini.

Seminar sehari itu dikendalikan pakar motivasi, Datuk Dr Fazilah Kamsah.

Mohd Shafaruddin berkata, hingga 10 Mei lalu, YPK melaksanakan sebanyak 331 program dan aktiviti untuk masyarakat antaranya pembangunan keluarga dan sosio ekonomi.

Beliau berkata, ketika ini YPK mempunyai seramai 736 petugas di seluruh Terengganu termasuk 549 petugas sementara.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata sebagai penjawat awam, petugas di YPK bertanggungjawab melaksanakan segala amanah iaitu memberi khidmat dan memimpin masyarakat serta membawa perubahan yang progresif dan bersikap holistik. 

Mohd Shafaruddin berkata, penjawat awam dalam sesuatu jabatan bukan saja perlu bergerak, bekerja dalam satu pasukan tetapi yang lebih penting mesti seiring dengan kehendak kerajaan.

"Paling penting rakyat yang menerima perkhidmatan daripada jabatan terus maju, dinamik dan progresif seterusnya menjana masyarakat yang terbilang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment