My Add

Saturday, 19 May 2012

Skuad Piala Thomas negara sukar berlatih

WUHAN, SABTU, 19 Mei, 2012:: Hanya diberi satu gelanggang dengan sesi latihan selama sejam tidak mematahkan semangat pasukan Malaysia untuk membuat persembahan terbaik pada Kejohanan Piala Thomas 2012. 

"Datang negara orang kita terima saja, jangan banyak merungut. Ini permainan psikologi mereka (pasukan China), jangan cepat terpengaruh," kata pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, di sini hari ini.

Beliau yang terpaksa berkongsi gelanggang itu dengan pemain lain berkata, waktu satu jam itu tidak cukup untuk latihan.

Malah mereka juga tidak dapat merasai suasana sebenar pertandingan memandangkan pihak penganjur tidak menghidupkan pendingin hawa. 

"Apapun sebagai kapten saya mesti buat yang terbaik untuk menunjukkan contoh yang baik kepada pemain junior," katanya. 

Bagaimanapun, pasukan negara bertuah kerana skuad Indonesia membenarkan pemain negara berkongsi satu gelanggang bersama mereka. 

Skuad negara yang juga terdiri daripada perseorangan Liew Daren, Muhammad Hafiz Hashim, Chong Wei Feng dan beregu Koo Kean Keat/Tan Boon Heong, Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong, akan memulakan aksi Isnin ini menentang Afrika Selatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment