My Add

Saturday 19 May 2012

Syarikat Malaysia perlu rebut peluang ekonomi di Brazil

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Para pengeksport dan pelabur tempatan diminta mengambil peluang hasil daripada kelonggaran struktur baru cukai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Brazil untuk meneroka pasaran negara yang memiliki penduduk seramai 200 juta orang itu.

Kerajaan Brazil baru-baru ini telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk menyokong sektor-sektor industri melalui pengurangan cukai dan penurunan kadar faedah.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataannya berkata, langkah itu akan membantu bank-bank komersial untuk meluaskan sokongan kewangan, sekali gus memberi kelebihan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pelbagai faedah daripada penstrukturan itu termasuklah pemansuhan cukai pendapatan sebanyak 20 peratus, cukai lebih rendah bagi industri tekstil, alat ganti automotif, plastik, barangan elektrik, kenderaan komersial, industri penerbangan dan perkapalan, hotel dan sektor cip komputer. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment