My Add

Saturday 5 May 2012

Tampil serah diri

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM

PETALING JAYA, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Pelajar universiti yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu digesa tampil menyerah diri di balai-balai polis berdekatan bagi membantu pihak terbabit menjalankan siasatan berkaitan perkara itu.

Pada masa sama, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pelajar-pelajar terbabit.

Jelas beliau, kementerian tidak akan menghalang pihak polis melakukan siasatan sekali gus membenarkan pelajar tersebut disoal siasat.

"Kita tidak akan halang tindakan polis mencari pelajar tersebut, jika tahu mereka berada dalam universiti atau hostel, kita akan membantu polis.

"Pada masa ini kita tidak tahu siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu tetapi pihak polis sudah pun mengenal pasti. Oleh itu kita akan bekerjasama dengan polis mencari pelajar terbabit," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment