My Add

Friday 18 May 2012

TEKUN beri pinjaman RM2.07b

KULIM, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah memberi pinjaman berjumlah RM2.07 bilion kepada seramai 212,475 peminjam di seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada 1998.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, kebanyakan peminjam berkenaan terdiri daripada golongan peniaga kecil dengan purata pembiayaan antara RM1,000 hingga RM50,000 sementara selebihnya adalah petani dan penternak.

"Sejak ditubuhkan pada 1998, TEKUN berjaya melahirkan ramai golongan peniaga yang berjaya khususnya dalam kalangan bumiputera.

''Pinjaman yang diberikan merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu melahirkan usahawan berdaya saing di samping meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN Parlimen Kulim di Dewan Bandaran di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment