My Add

Friday 18 May 2012

Tidak beretika ambil data SPR buat kesimpulan salah

TELOK KEMANG, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan sebarang analisis mahupun kajian yang dijalankan penyelidik bebas berkaitan daftar pemilih negara ini wajar dirujuk kepada agensi terbabit demi memastikan kesahihannya.

Ini berikutan terdapat segelintir penyelidik bebas di negara ini menjalankan kajian berpandukan data dan maklumat SPR sekali gus mengeluarkan kesimpulan kajian yang tidak tepat.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, hasil penyelidikan, analisis serta kajian berpandukan maklumat sekunder yang dianggap tidak beretika itu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti SPR, malah mendatangkan persepsi negatif serta mampu mengelirukan masyarakat negara ini.

''Penyelidik ini membuat analisis dan kajian menggunakan data agensi kami, kemudian mereka menemui pelbagai maklumat seterusnya banyak perkara serta kesimpulan kajian yang dibuat tidak tepat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment