My Add

Sunday 27 May 2012

Usah politikkan kemalangan di himpunan belia

PUTRAJAYA, AHAD, 27 Mei, 2012: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, tengah malam tadi.

"Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.

"Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua-dua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu, manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

Ahmad Shabery berkata, beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment