My Add

Saturday 12 May 2012

Usahawan ICT bertaraf dunia

Badlisham Ghazali
Oleh Fairus Kassim
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Program Pembangunan Kandungan Bersepadu Malaysia MSC Kedua (Icon2) talah berjaya melahirkan 69 aplikasi tempatan untuk Apple iTunes dan Android App Store dengan sasaran perolehan RM100,000 tahun ini.

Icon2 adalah program di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang berperanan melahirkan usahawan pembangun aplikasi kandungan untuk gajet pintar dengan geran keseluruhan bernilai RM4.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MDec, Datuk Badlisham Ghazali berkata, peserta Icon2 akan disediakan platform pembangunan dan dana yang diperlukan bagi menghasilkan idea aplikasi masing-masing.

"Ini merupakan langkah jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai bakat tempatan yang mampu menghasilkan aplikasi bertaraf antarabangsa," katanya pada sidang akhbar semasa pameran Go Mobile 2012, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment