My Add

Friday, 22 June 2012

10% kontraktor tidak daftar CIDB

Kontraktor haram akan didenda RM100,000

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Kira-kira 10 peratus daripada kontraktor dalam sektor pembinaan di negara ini dikesan tidak berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan berdepan tindakan denda tidak melebihi RM100,000.

Pengurus Kanan Unit Perundangan dan Penguatkuasaan CIDB, Abdul Razak Husin berkata, jumlah itu serius memandangkan operasi kontraktor haram berkenaan menimbulkan pelbagai masalah termasuk projek pembinaan terbengkalai.

“Kewujudan kontraktor tidak berdaftar ini dapat menyebabkan banyak projek pembinaan di negara ini tidak terjamin memandangkan CIDB tidak dapat memantau kerja-kerja mereka," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment