KOTA KINABALUJUMAAT, 22 Jun, 2012: 22 Jun - Pihak berkuasa tempatan (PBT) Sabah diminta melaksanakan transformasi sistem penguatkuasaan terutama membabitkan pendakwaan terhadap pesalah undang-undang.
Pada masa yang sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor juga mahu perkara itu dilaksana dengan bijaksana bagi mengelakkan tindakan undang-undang yang membabi-buta terhadap orang awam.
Katanya PBT juga harus berusaha mengenal pasti punca sesuatu masalah, umpamanya membabitkan peniaga di kaki lima yang tidak berlesen bagi mengekang isu tersebut.
"Misalnya penjual ikan atau penjual rokok di kaki lima, kita kenal pasti pembekal dan kita boleh menahan atau tidak memperbaharui lesen mereka jika penjualan ikan atau rokok itu masih berlaku. Dengan cara ini kita dapat berhentikan kegiatan penjualan haram di kaki lima," katanya, di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment