My Add

Sunday 3 June 2012

14 minat jadi francaisi produk Malaysia

JAKARTA, SABTU, 02 Jun, 2012: Empat belas francaisi yang berpotensi dari Indonesia berminat untuk menjalankan perniagaan francais jenama Malaysia pada hari pertama acara persidangan dan ekspo antarabangsa tentang francais, lesen dan konsep perniagaan (IFRA 2012) di sini pada Jumaat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, potensi itu membabitkan nilai produk berjumlah RM8.6 juta.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding pencapaian pada tahun lalu yang bernilai RM5.36 juta.

"Produk francais jenama Malaysia yang diminati kali ini termasuklah sistem keselamatan produk bio-organik, produk kesihatan, perabot dan makanan," katanya selepas melawat acara IFRA 2012, pada Sabtu.

Ismail Sabri, yang turut mengadakan perbicangan dengan Menteri Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Indonesia Syarifuddin Hasan berkata, Malaysia dan Indonesia sedang di peringkat akhir menyiapkan memorandum persefahaman kerjasama dalam bidang koperasi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment