My Add

Saturday 2 June 2012

16 pelajar UPSI ke Yemen belajar bahasa Arab

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Jun, 2012: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menghantar 16 pelajarnya untuk mengikuti kursus bahasa Arab selama tiga bulan mulai Oktober ini di University of Science and Technology Yemen (USTY) di Sana’a.

Ini berikutan memorandum persefahaman yang dimeterai oleh kedua-dua universiti di ibu negara Yemen itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan besar Malaysia di Sana’a.

Naib Canselor UPSI, Datuk Dr. Zakaria Kasa, yang mengetuai kunjungan tiga pegawai kanan universiti ke Yemen dari 27 hingga 29 Mei, menandatangani perjanjian itu manakala USTY diwakili presidennya, Dr. Hameed Aklan.

Duta baru Malaysia ke Yemen, Abdullah Faiz Zain, yang menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Abdu Rabu Mansour Hadi pada 2 Mei, menyaksikan penandatanganan perjanjian itu.

USTY, yang merupakan universiti swasta dan tidak mengharapkan keuntungan, sebelum ini telah memeterai perjanjian persefahaman dengan Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Terbuka Malaysia, menurut kenyataan itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment