My Add

Saturday 2 June 2012

Sarjana digalak kembang idea baru kewangan

GEORGETOWN, SABTU, 02 Jun, 2012: Para sarjana universiti tempatan harus bersatu mengembangkan idea dan pemikiran baru bidang kewangan dan ekonomi selain mengetengahkan perkara-perkara yang belum menjadi dominan seperti kewangan Islam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sarjana tempatan digalakkan membangunkan idea dalam mengatasi masalah ekonomi dan kewangan yang sedang dihadapi masyarakat seluruh dunia.

Katanya, mereka harus membangunkan penyelesaian baru atau membawa satu sistem yang diyakini lebih baik dan boleh melengkapkan antara satu sama lain seperti sistem perbankan Islam.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kewangan Malaysia ke-14 di sini hari ini, Saifuddin berkata, pemikiran baru dari segi kewangan dan ekonomi penting dalam mewujudkan kestabilan politik yang terbukti dengan usaha kerajaan pusat menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata, ETP adalah sebahagian daripada langkah besar kerajaan mengatasi masalah dalam ekonomi, memastikan pertumbuhan yang baik merangkumi mobiliti sosial supaya tiada yang tertinggal ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Persidangan tersebut dianjurkan bersama Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Kewangan Malaysia (MFA) dan Institut Kewangan Asia (AIF). — BERNAMA

No comments:

Post a Comment