My Add

Monday 4 June 2012

186 samseng jalanan ditahan

*BEBERAPA anggota dan pegawai dari Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman memeriksa ke atas kira-kira 200 mat rempit dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuh Raya Selat Klang (Shapadu) di Klang, malam kelmarin.

Oleh ROZIANAH RISMAN
KLANG, AHAD, 03 Jun, 2012: Cuti sekolah yang sepatutnya dihabiskan dengan perkara-perkara bermanfaat menjadi sebaliknya buat sekumpulan remaja di sini, yang memilih menyertai perlumbaan motosikal haram.

Kegiatan mereka bagaimanapun berakhir apabila ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuh Raya Selat Klang (Shapadu) di sini selama tujuh jam bermula pukul 9 malam tadi.

Mereka ialah seramai 40 remaja bawah umur yang ditahan bersama 146 penunggang motosikal, kebanyakannya belasan tahun yang disyaki terlibat perlumbaan haram.

Pegawai Turus Penguat Kuasa Trafik Bukit Aman, Supritendan Hamzah Ahmad berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti 'Superman' selain berlumba di sepanjang kira-kira tiga kilometer di lebuh raya tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment