My Add

Monday 4 June 2012

3 remaja perempuan maut motosikal bertembung van

LANGKAWI, ISNIN, 04 Jun, 2012: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi. 

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi, Inspektor Fairus Mohd Ghazi, berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

"Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi," katanya hari ini.

Katanya, ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment