My Add

Monday 11 June 2012

5 cedera dalam kebakaran di luar pesisir

KUCHING, ISNIN, 11 Jun, 2012: Lima cedera dalam satu kebakaran di sebuah pelantar menggerudi luar pesisir Miri, hari ini. 

Kebakaran berlaku pukul 9.20 pagi pada skid pemampat pelantar menggerudi Tukau B (TKDP-B), 31 kilometer (km) luar pesisir Miri, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di sini.

Mereka yang cedera diterbangkan dengan segera ke Hospital Miri dengan helikopter manakala baki 11 kakitangan dihantar ke tempat kediaman Tukau-A berdekatan.

Punca kebakaran masih disiasat, kata kenyataan itu. 

Kebakaran itu, yang bermula semasa kerja-kerja penyelenggaraan, dapat dikawal sepenuhnya tidak sampai sejam, kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment