My Add

Monday 11 June 2012

Ahli Parlimen pertikai kuasa Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Kredibiliti Majlis Peguam menjadi taruhan hari ini apabila beberapa Ahli Parlimen mempertikai cadangan memberikan kuasa kepada badan itu untuk mengeluarkan lesen kepada firma guaman asing, seperti yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012. 

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika membahaskan rang undang-undang itu berpendapat cadangan itu tidak wajar kerana ia adalah satu kuasa besar dan khuatir akan timbul konflik kepentingan kelak.

Khairy dalam hujahnya mengakui beliau sangsi dengan keupayaan badan itu untuk membuat keputusan yang telus, khususnya dengan kecenderungan Majlis Peguam yang dilihat semakin terarah kepada politik pembangkang.

Beliau turut menyelar badan guaman seperti Majlis Peguam dan Badan Peguam Malaysia yang dilihat tidak proaktif di dalam menyediakan komuniti guaman di negara ini untuk berhadapan dengan liberalisasi sektor berkenaan sejajar dengan cadangan pindaan Akta Profesion Undang-undang itu kerana tidak mempunyai sebarang polisi atau pelan ke arah itu. 

"Saya tidak nampak Majlis Peguam atau mana-mana badan guaman di negara ini ada pelan induk untuk liberalisasi ini dan saya pasti jika Majlis Peguam boleh mengawal selia sendiri," katanya. 

Menurut cadangan pindaan akta itu, Majlis Peguam diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen kepada firma guaman asing yang berkelayakan untuk menjalankan amalan undang-undang di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment