My Add

Sunday 10 June 2012

5 rumah sementara pekerja asing di Alor Mengkudu terbakar

ALOR SETAR, 10 Jun, 2012: Lima rumah sementara yang dihuni pekerja binaan landasan kereta api berkembar di Jalan Alor Mengkudu, Simpang Kuala dekat sini musnah dalam kebakaran, hari ini. 

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi yang dipercayai akibat litar pintas itu memusnahkan empat rumah yang diperbuat daripada kontena dan sebuah rumah daripada papan lapis yang dihuni 35 pekerja warga asing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Faizal Zainor Halim, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian, semua penghuninya keluar bekerja.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.32 pagi dan sampai ke tempat kejadian enam minit kemudian dengan kekuatan 13 anggota dan tiga jentera. 

Katanya, api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi dan bomba berjaya menyelamatkan sebuah tangki berisi 5,000 liter diesel yang terletak kira-kira empat meter dari tempat kejadian. 

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment