My Add

Sunday 3 June 2012

5,000 dijangka hadir Himpunan Menjunjung Taat Setia

*FADIL Muskon (tengah) bersama sebahagian wakil badan bukan kerajaan (NGO) dalam sidang media sempena Himpunan Menjunjung Taat Setia di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, SABTU, 02 Jun, 2012: Seramai 5,000 orang dan 300 badan bukan kerajaan (NGO) dijangka hadir pada Himpunan Menjunjung Taat Setia anjuran Pemuda UMNO Johor yang akan diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini Ahad depan.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Fadil Muskon berkata, himpunan tersebut bertujuan menyatakan rasa terkilan dan marah rakyat negeri itu terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan kejayaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat bidaan nombor WWW 1 dengan nilai RM520,000.

Beliau berkata, himpunan yang diadakan mulai 12 tengah hari itu akan turut mempersembahkan satu warkah iaitu 'memorandum taat setia' kepada Sultan Ibrahim. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment