My Add

Sunday 3 June 2012

Gambar rakaman video aksi panas mula tersebar

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Jun, 2012: Sekeping gambar daripada rakaman video aksi panas yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang bersama isteri orang mula tersebar di Internet.

Salah satu blog yang menyiarkan gambar itu, http://theunspinners.blogspot.combagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai gambar rakaman video tersebut dan menerangkan dari mana sumbernya.

Apa yang menarik, blog itu turut menyertakan petikan berita Utusan Malaysia bertarikh 29 Mei lalu mengenai pendedahan Senator Datuk S. Nallakaruppan bahawa beliau telah menyerahkan satu rakaman video 'panas' kepada peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah bulan April lalu dan ia merupakan video seks seorang pemimpin pembangkang bersama isteri orang.

Dalam petikan berita itu juga, Nallakaruppan berkata, rakaman video selama satu jam 20 minit itu dirakam pada tahun 1990-an di sebuah kediaman mewah di ibu kota dan ia bakal menjadi bukti kukuh bahawa pemimpin politik tersebut mempunyai masalah moral. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment