My Add

Friday 8 June 2012

50,000 orang sambut PM di Kulim sempena program JJD

KULIM, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Padang Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini dibanjiri kira-kira 50,000 hadirin dari seluruh daerah negeri ini dan Pulau Pinang bagi meraikan program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Kedah anjuran Media Prima Bhd (Media Prima). 

Menurut laporan BERITA HARIAN ONLINE, Selain menyaksikan pelbagai bahan pameran, mereka yang hadir seawal jam 8 pagi turut berpeluang mendengar amanat disampaikan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan program berkenaan pada jam 4 petang.

Meskipun terpaksa bergelut dengan keadaan padang agak becak, mereka tidak mahu melepaskan peluang menimba pelbagai ilmu disediakan di ruang pameran pelbagai jabatan kerajaan, syarikat swasta dan Media Prima sendiri.

Walaupun terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer dari tempat meletak kenderaan, pengunjung tidak menjadikannya halangan semata-mata untuk merebut peluang menemui Perdana Menteri, selain mendengar sendiri penjelasan beliau mengenai pelbagai program transformasi kerajaan. 

Sebanyak 25 kementerian dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengambil bahagian dalam program sehari berkenaan, iaitu yang ketiga diadakan selepas di Batu Pahat dan Kuching sebelum ini. 

Acara kemuncak program itu adalah minum petang Perdana Menteri bersama rakyat.

No comments:

Post a Comment