My Add

Monday 11 June 2012

60 peratus golongan muda mati akibat NCD

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Sebanyak 60 peratus kematian dalam kalangan golongan muda di negara ini berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi, obesiti, diabetes dan kanser.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan peratusan itu amat tinggi dan memerlukan komitmen semua pihak bagi membolehkan ia dikurangkan.

Katanya, berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 jelas menunjukkan jumlah penghidap NCD semakin meningkat dan membimbangkan.

"Sejumlah 6.2 juta penduduk dewasa Malaysia menghidap hiperkolesterol, 5.8 juta menghidap darah tinggi, 2.6 juta diabetes dan 2.5 juta mengalami obesiti,’’ katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment