My Add

Monday 11 June 2012

Pendaki hilang ditemui

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas mendaki Bukit Lepoh di sebuah pusat rekreasi di Hulu Langat dekat sini sejak semalam ditemui selamat petang ini.

Yap Chin Huang, 30, mengikut program mendaki gunung bersama beberapa pendaki lain termasuk ibunya, Chin See Lin, 59, di `Asli Adventure Base Camp’ pada pukul 4 petang semalam.

Bagaimanapun, ketika menuruni Bukit Lepoh, Chin Huang terpisah daripada kumpulan itu.

Pegawai Kanan 1 Bomba dan Penyelamat Kajang, Hamzah Mohammad Shariff berkata, mangsa ditemui selamat kira-kira pukul 3 petang ini dan dibawa turun oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak pukul 9 pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment