My Add

Sunday 3 June 2012

688 ahli Pas sertai UMNO

*HAMZAH Zainuddin (tiga dari kanan) bersama-sama bekas ahli Pas yang menyertai UMNO ketika majlis kenduri rakyat di Batu Kurau di Larut, semalam.

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
LARUT, SABTU, 02 Jun, 2012: Seramai 360 ahli Pas Titi Kasai dan 328 lagi dari Felda Ijok, bertindak keluar parti itu selepas kecewa dengan perjuangan yang dianggap tidak lagi berteraskan Islam sebenar selain hanya merebut kuasa atas tiket peribadi.

Bekas Setiausaha Cawangan Pas Titi Kasai, Abdul Wahab Mahmod, 43, berkata, beliau kecewa dengan janji kosong yang ditaburkan pemimpin Pas setelah 23 tahun menjadi ahli parti berkenaan.

"Dulu saya sokong Pas kerana ia mendokong Islam, namun apabila saya sudah mendalami ilmu, Islam itu bukannya hanya terletak pada Pas malah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri untuk menjaganya.

"Pas sekarang agresif serta tidak menyenangkan banyak pihak. Satu-satu markas Pas boleh laung takbir 'Allah Maha Besar' tetapi pada masa sama, mereka kata 'mampus UMNO'. Mereka sebut kalimah yang suci dan selepas itu mereka maki balik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment