My Add

Sunday 3 June 2012

Usah mimpi ganti UMNO

NIBONG TEBAL, SABTU, 02 Jun , 2012: Pas diingatkan supaya tidak ‘berangan-angan’ untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau percaya Pas akan diketepikan oleh sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila segala sesuatu yang dihajati oleh pembangkang tercapai.

Sebagai contoh, jelasnya, di Pulau Pinang, Pas tidak diberikan jawatan dalam kerajaan negeri meskipun berjaya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum 2008.

“Adakah Pas akan diberi tempat, diberi kerusi yang sepatutnya jika pembangkang memerintah? Atau mereka (Pas) terus menjadi parti yang sering dipermain-main dan diperkotak-katik?

“Adakah Pas mampu mewakili orang Melayu dan Islam di peringkat nasional selepas tidak mendapat tempat di Pulau Pinang?" tanya beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment