My Add

Monday 25 June 2012

71 produk luar negara peroleh Sijil Halal Malaysia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Sebanyak 71 produk dari luar negara telah memperoleh Sijil Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merangkumi pelbagai kategori antaranya makanan dan komestik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata produk tersebut bukan sahaja mempunyai Sijil Halal Malaysia, malah memiliki sijil halal daripada badan persijilan halal di luar negara.

"Jakim memulakan persijilan halal luar negara bermula November 2009 dan telah mengiktiraf 57 badan Islam luar negara berperanan sebagai badan mengeluarkan sijil halal di negara terbabit antaranya dari China, India dan Australia.

"Produk luar negara ada dua cara dapatkan pengesahan halal daripada Jakim, dapatkan sijil halal daripada badan persijilan halal negara itu atau mohon terus dapatkan Sijil Halal Malaysia daripada Jakim," katanya. - BERNAMA

1 comment: