My Add

Monday 25 June 2012

Singapura didesak lucut khidmat diplomat sertai Bersih 3.0

Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum mendesak Kedutaan Singapura menarik balik khidmat tiga diplomatnya yang dilaporkan menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0.
Perhimpunan aman selama setengah jam di hadapan pejabat sementara Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini, bermula pada pukul 1.30 petang ini, dihadiri 250 penyokong Perkasa yang diketuai presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata memorandum satu muka surat itu diserahkan kepada Setiusaha Pertama Suruhanjaya berkenaan, Tan Chee King dan Setiausaha Pertama Politik, Haris Rusdi Chai di lobi bangunan sementara suruhanjaya itu.

Katanya tujuan memorandum itu dihantar adalah untuk menyokong prinsip Malaysia yang tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam isu dalaman negara kerana ia mampu membawa kesan negatif yang boleh menggugat hubungan baik kedua-dua kerajaan.

"Sebagai sebuah negara yang merdeka, mereka perlu menghormati antara satu sama lain dan tindakan diplomat itu dilihat sebagai pengkhianatan kepada negara ini," katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata Singapura juga perlu meminta maaf dengan kerajaan Malaysia serta seluruh rakyatnya berhubung insiden berkenaan bagi mengelakkan timbul lebih banyak persepsi negatif.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong ke Wisma Putra berhubung pembabitan tiga diplomat negara itu dalam perhimpunan haram berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment