My Add

Wednesday 27 June 2012

AADK rancang tubuh lima RPM di Sabah

KOTA KINABALU, RABU, 27 Jun, 2012: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) merancang untuk menambah kewujudan Rumah Penyayang Masyarakat (RPM) di Sabah sebanyak lima buah pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, ia sebagai tambahan kepada dua buah RPM sedia ada iaitu di Kampung Darau, Menggatal dan Kampung Pitas, Beaufort.

Menurut beliau, lima buah RPM itu ialah di Ranau, Tongod, Kudat dan Tawau bagi membantu penagih dadah meninggalkan tabiat tersebut.

``Rancangan AADK itu selaras dengan konsep `Rakyat Didahulukan Pencapaipan Diutamakan' yang diperkenalkan oleh kerajaan agar dapat memulih dan merawat penagih dadah di negeri ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pencegahan Dadah, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment