My Add

Wednesday 27 June 2012

DAP tak mahu buang masa minta MP Seri Gading minta maaf

NOOR AZURA SAHRIL
KUALA LUMPUR, RABU, 27 Jun 2012: DAP mahu membuat laporan polis berikutan kenyataan bersifat menghasut dan perkauman, dibuat oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang meminta Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta semua wakil DAP membuat laporan polis kerana tidak mahu membuang masa menuntut Mohamad meminta maaf dan menarik balik kenyataanya.

“Bukan Ambiga seorang sahaja penganjur Bersih, namun mengapa beliau seorang sahaja yang mahu digantung.

“Hanya kerana beliau ‘easy target’. Saya tidak mahu buang masa untuk meminta Mohammad memohon maaf dan menarik kembali kenyataannya. “Justeru, DAP akan membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadapnya," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Mohamad dalam ucapannya di Dewan Rakyat mencadangkan agar Ambiga digantung kerana mengkhianati

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau telah menghubungi Ambiga dengan memberikan solidariti dan sokongan moral.

Menurutnya, kenyataan Mohamad itu sangat tidak relevan dan penganjuran Bersih bukan satu kesalahan. “Ini adalah saranan serius untuk minta seseorang digantung sampai mati.

Tidak pernah ada Ahli Parlimen yang berbuat demikian," katanya. -  Sinar Harian

No comments:

Post a Comment