My Add

Friday 8 June 2012

Adik perempuan tiri Obama kunjungi Muhyiddin


*TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan pakar pendidikan Amerika Syarikat, Dr Maya Soetoro-Ng di pejabat Kementerian Pelajaran, Putrajaya, hari ini. Dr Maya juga adik Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Dr Maya Soetoro-Ng, seorang pakar pendidikan dan adik perempuan tiri Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, hari ini mengunjungi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau di Kementerian Pelajaran di sini. 

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Datuk Paul W. Jones dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin turut hadir pada pertemuan itu.

Soetoro-Ng kini dalam rangka lawatan enam hari ke Malaysia mulai Rabu sebagai sebahagian daripada delegasi East-West Centre dari Amerika Syarikat.

Anggota lain dalam delegasi empat anggota itu ialah Presiden pusat itu Dr Charles Morrison, anggota lembaganya Puongpun Sananikone dan pengarah program pendidikannya Dr Terrence Bigalke. 

Soetoro-Ng, antara lain dijadual mengadakan perbincangan mengenai pendidikan dan bertemu pelajar dan ahli akademik dari kolej-kolej Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan program pendidikan awal kanak-kanak PERMATA pintar. 

Beliau juga dijadual melancarkan pameran koleksi 20 helai batik Indonesia milik mendiang ibunya di Muzium Kesenian Islam mulai hari ini, julung kalinya koleksi itu dipamerkan di luar Amerika Syarikat. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment