My Add

Friday 8 June 2012

UiTM gantung Khalid Ismath tiga semester

Khalid Mohd Ismath

NURUL AINI MOHAMED ALI
SHAH ALAM, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian penuntut jurusan undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dibicarakan pagi tadi oleh lembaga tatatertib, selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.

Khalid, 22 dibicarakan antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Selain digantung pengajian, saya juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan bagi semester ini," tambah beliau.

Beliau yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) merancang untuk bergiat aktif dalam politik dan membantu parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

"Tujuan saya bukan semata-mata kerana politik, tetapi saya mahu meneruskan usaha gerakan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi meneruskan perjuangan, menyuarakan pendapat dan kebebasan mahasiswa untuk bersuara.

Beliau juga merasakan keputusan hari ini berat sebelah kerana kerana percaya masih ramai lagi mahasiswa UiTM lain yang aktif berpolitik tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Hanya saya seorang yang dibenarkan masuk pagi ini untuk mengikuti perbicaraan lembaga tatatertib universiti," katanya.

Tambah beliau, peguamnya juga tidak dibenarkan hadir berikutan perbicaraan ini hanya perbicaraan khas bagi pelajar.

Bapanya, Mohd Ismath Habib Mohamad, 60 berkata, keputusan yang dijatuhkan pihak universiti ini agak melampaui batas dan tidak mencerminkan kredibiliti pihak pengurusan UiTM.

"Keputusan hari ini jelas tidak adil. Tidak salah untuk jatuhkan hukuman, tetapi kenapa hingga tiga semester?" katanya yang jelas tidak puas hati dengan keputusan universiti.

Perbicaraan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 11.30 pagi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment