My Add

Friday 1 June 2012

Agong kurnia lantikan TYT Melaka untuk penggal ketiga

YANG Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) dan Ketua Menteri *Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) selepas istiadat pengurniaan surat lantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA
  
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Jun, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. 

Ini adalah lantikan penggal ketiga bagi Mohd Khalil, 75.

Istiadat yang berlangsung di Istana Negara pagi ini disaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta beberapa menteri, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam. 

Jemputan kemudian menghadiri jamuan bersama Yang di-Pertuan Agong selepas istiadat berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment