My Add

Wednesday 13 June 2012

Amal sikap terbuka tambah baik pilihan raya - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Jun, 2012: Malaysia sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada cadangan sama ada dari dalam atau luar negara dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kredibiliti atau pengiktirafan pemberi cadangan bukan soal pokok kerana apa yang penting mereka memberi cadangan positif yang mampu membantu usaha tersebut.

"Kita terbuka, bagi kita sesiapa juga tidak kira daripada mana mahu membantu ke arah pilihan raya adil dan bebas di negara ini akan sentiasa kita terima mereka dengan tangan terbuka.

"Telah disebut berkali-kali kerajaan sendiri mahu pilihan raya yang adil dan bebas," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mempersoal kredibiliti pasukan "Misi Mencari Maklumat Antarabangsa mengenai Pilihan Raya di Malaysia" terutama anggotanya Senator Nick Xenophon dari Australia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment