My Add

Tuesday 26 June 2012

Ancaman bukan omong kosong

Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana berlaku di Mesir, bukanlah omong kosong sebaliknya ia benar-benar wujud.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail berkata, berita-berita mengenai ancaman itu sama ada dari luar mahu pun dalam negara seperti dilaporkan sebelum ini adalah benar dan bukannya andaian.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, gerakan untuk menjadikan keadaan di Malaysia sama seperti di Mesir dan beberapa negara Asia Barat sememangnya wujud dengan dibantu oleh musuh dari luar.

"Usaha ini dibantu oleh musuh dari luar yang kita tahu mempunyai agenda untuk menguasai rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment