My Add

Tuesday 12 June 2012

Anwar pelakon hebat guna taktik lama

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih unggul sebagai pelakon hebat menggunakan taktik lama dengan mengheret individu tertentu bagi mengelak untuk menjawab tuduhan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Walaupun taktik itu dilihat cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang sedang dihadapi namun banyak pihak percaya rakyat sudah lali dan bijak menilai perwatakannya yang suka memutar belit isu yang membabitkan beliau.

Malah kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, taktik itu juga adalah amalan ahli pakatan pembangkang dengan menuding jari kepada pihak lain.

''Ini taktik yang selalu digunakan dan saya fikir rakyat tidak mudah tertipu dan faham perwatakan dan keperibadian Anwar yang sering berdolak dalik melabel diri sendiri lebih mulia walhal rakyat tahu dia tidak semulia yang digambarkan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Anwar yang dikaitkan dengan isu mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion cuba mengheret Muhyiddin dengan mendakwa akan mendedahkan akaun tersebut jika Timbalan Perdana Menteri juga berbuat demikian.

Dalam pada itu Mukhriz turut hairan dengan sikap pihak pembangkang yang sering menuntut kerajaan telus terhadap gejala rasuah tetapi tidak menuntut perkara yang sama apabila ia berlaku terhadap Anwar.

''Seolah-olah Anwar ada keistimewaan dan imuniti terhadap sebarang salah laku dan apabila isu pokok tidak dijawab maka mereka menuding jari kepada pihak lain,'' katanya.

Beliau turut mencabar Anwar untuk menyaman pihak-pihak yang membongkar kembali isu berkenaan seperti mana beliau menyaman bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Anwar sekali lagi menampilkan siri-siri drama penipuan kepada rakyat Malaysia melalui lakonan terbarunya yang paling hebat.

''Saya harap rakyat buka mata dan minda lihat lakonan Anwar ini, beliau berpolitik hanya untuk jadi Perdana Menteri bukan memperjuangkan rakyat kerana perjuangan dan meningkatkan martabat rakyat adalah perkara terakhir dalam fikirannya,'' katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menyifatkan Anwar sebagai pelakon handal dalam memutar belitkan isu.

''Ini perkara biasa bila kita minta dia dedahkan isu mengaitkan diri dia seperti biasa dia akan kaitkan orang lain, biasalah kaki putar belit dia tidak akan jawab secara telus,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment