My Add

Sunday 10 June 2012

Aset Anwar: 6 NGO Kuantan buat laporan polis

KUANTAN, SABTU, 09 Jun, 2012: Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kuantan, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Kuantan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Belia 4B Kuantan dan Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Berserah/Sungai Karang (Bakkis).

Laporan itu dibuat oleh wakil setiap enam NGO itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini pada kira-kira 11 pagi.

Sebelum membuat laporan polis itu, kira-kira 50 anggota NGO berkenaan mengadakan perhimpunan aman selama 30 minit di Taman Kerang dekat sini bermula 10.30 pagi. 

Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan segera untuk menyiasat memastikan sama ada pendedahan itu benar atau dimanipulasi pihak tertentu. 

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, Ketua Penerangan PERKASA Pahang, Muhammad Faiz Hashim, berkata SPRM tidak harus berdiam diri dalam hal ini dan siasatan perlu dibuat supaya keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya bebas itu tidak terhakis. 

Setiausaha PBPM Kuantan, Rafaie Abdul Kadir, berkata pihak berkuasa perlu segera menyiasat sama ada akaun tersebut melibatkan wang negara dan rakyat. 
Pengerusi GPMS Pahang, Wan Embril Nizam Wan Embong, pula berkata isu itu memerlukan penyelesaian kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan pada negara. 

Anwar didakwa memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, pada 26 OktOBER 1999. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment